RSS

GERAM!!!

Saya agak beremosi hari ni. Daripada pagi sebaik sahaja membaca kertas kerja yang entah apa-apa. Saya geram kerana nama saya digunakan sesuka hati kerana sudah banyak kali berpesan supaya kertas kerja adalah pihak sepatutnya yang sediakan. Memang dia yang sediakan tetapi kenapa nama saya digunakan. Ohh...mungkin dia tak tahu, maklumlah baru..tapi saya pun ingat... sudah berapa kali saya mengingatkannya dan cuba membetulkannya. Namun, hasilnya amat menyakitkan hati. Saya anggapkan dia adalah seorang yang DEGIL!! Kertas kerja yang disediakan seolah-olah di "copy" dan dengan sesenang hatinya di "paste" kan TANPA berfikir dan menghayati apa yang akan berlaku ketika program tersebut. Kenapa perlu tergesa-gesa untuk menghantar kertas kerja tersebut sedangkan masa yang ada masih banyak lagi. Ajak duduk bincang lagi pun tak mahu, alih-alih nak marahkan orang sebab memberi TEGURAN yang boleh membina diri dia sendiri. Kalau setakat kertas kerja macam tu, peringkat saya ORANG BAWAHAN macam ni pun saya akan "reject" inikan pula mengharapkan pihak ATASAN untuk meluluskannya. Lagi best, nama saya dijadikan sebagai penyedia kertas kerja dan dihantar ke sana ke mari kepada pihak ATASAN. Banyaaaak canteekkk!!!

Saya adalah orang yang senang memberikan kerjasama. Saya akan naik marah apabila hal remeh seperti ini berlaku, diberi teguran yang entah berapa kali diabaikan. Hanya orang yang mengetahui akan memahaminya.

Tindakan Akan Diambil!!

Mendapat dan menghadapi subjek baru untuk semester baru kali ini agak memeningkan. Tambah lagi dengan perkara baru yang pada kiraan saya bukannya orang yang tepat untuk mengajar (haha...boleh tak macam tu?). Pada permulaannya saya terima subjek tersebut, namun, apabila mendapat silibus baru, saya tiba-tiba jadi tidak keruan. Bertambah lagi pening kepala apabila mendapati subtopiknya adalah topik di dalam subjek yang lain yang akan di tawarkan kepada pelajar pada semester akan datang. Apabila ditanya kepada mereka yang sepatutnya, jawapan sepotong ayat "TINDAKAN AKAN DIAMBIL" itu sahaja yang saya dapati. Entah bila tindakan akan diambil, saya pun tidak pasti. Namun, keputusan sudah dibuat, sementara menunggu "TINDAKAN AKAN DIAMBIL" itu direalisasikan, kami semua akan menganjakkan sub topik berkenaan ke belakang berdasarkan "course structure" yang ada. Ia pun tidak ada kaitan dengan topik-topik seterusnya dan pada kiraan saya tiada masalah untuk dikemudiankan pengajaran subtopik berkenaan.

Namun, saya terfikir juga, macam mana "mereka yang berkenaan" itu tidak dapat memberi jawapan yang secepat mungkin sedangkan mereka lah orang yang terlibat dalam merangka silibus baru itu. Ia seolah-olah, suka hati mereka untuk campak subtopik tersebut supaya nampak lebih "dramatik". Agaknya lah...