RSS

Setelah Menggunakan...

Sehingga hari ini hampir sebulan saya dan keluarga menggunakan produk "supplement" Transfer Factor (TF). Apa yang saya rasakan, pernyataan biasa, saya rasa semakin sihat. Alhamdulillah, dengan izin Allah dan ikhtiar menggunakan produk ini, saya rasa kesihatan semakin baik. Namun begitu, saya masih belum membuat sebarang pemeriksaan kesihatan. Paling akhir saya membuat pemeriksaan kesihatan ialah pada bulan Mac lalu ketika terasa sakit kepala berpanjangan untuk beberapa hari. Khuatir dengan keadaan itu, saya ke klinik dan hasilnya saya hampir terkena penyakit darah tinggi. Doktor menasihatkan saya untuk buat "sesuatu". Apa yang saya buat, saya hanya "skipping" lebih kurang 100 lompatan beberapa kali seminggu. Itu pun bergantung kepada mood saya. Sebulan selepas itu, saya mengambil produk TF ini setiap malam sehingga sekarang. Alhamdulillah, saya rasa semakin baik sekarang.

Untuk suami pula, memang beliau telah didiagnoskan mengidap darah tinggi dan kencing manis tetapi masih peringkat terkawal. Selain daripada itu, beliau juga menghidap penyakit batu karang. Sebelum ini, apabila membuang air kecil, darah akan sentiasa keluar. Apabila ke klinik, doktor tidak dapat membuat pemeriksaan urin kerana dipenuhi dengan darah. Doktor mengambil darah untuk dihantar ke makmal bagi menguji sama ada penyakit itu mempunyai kaitan dengan buah pinggang kerana suami saya tidak terasa sakit ketika membuang air. Hasil daripada ujian makmal tersebut, semuanya baik dan tiada kaitan dengan masalah buah pinggang. Doktor hanya memberikan ubat bagi menghentikan darah sahaja. Namun, ia hanya bertahan beberapa minggu sahaja, selepas itu berdarah lagi. Apabila mencuba produk TF, seminggu pertama menggunakannya, suami saya mengadu darah keluar lagi. Saya agak bimbang, namun saya yakinkan suami saya mungkin ini adalah "healing process", mungkin selepas ini semua akan jadi seperti biasa. Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang mengizinkan, suami saya tiada lagi masalah batu karang itu setakat ini. Namun, bagi kencing manis dan darah tinggi, awal bulan Mei ini beliau dijadualkan untuk membuat pemeriksaan di klinik. Saya harap keputusan yang akan diperolehi baik.

Bagi anak-anak saya pula, setiap pagi atau malam, saya akan memasukkan serbuk TF ini di dalam minuman mereka, hanya sekali sehari. Alhamdulillah, dengan izin Allah, anak-anak saya setakat ini tidak mendapat demam dan jangkitan selsema dan batuk. Hujung minggu lepas, saya ke rumah mertua dan ketiga-tiga anak buah suami batuk-batuk dan selsema. Biasanya, apabila mereka main bersama, tidak lama selepas itu, Hazeeq dan Husna akan turut sama batuk dan selsema. Namun kali ini, Alhamdulillah, apabila balik ke Segamat, mereka masih dalam keadaan sihat seperti biasa. Jadi, saya tidak perlu ke klinik lagi bagi mengambil ubat batuk yang kita tahu banyak risikonya kepada anak-anak kecil.
Setakat ini, saya berpuas hati dengan produk ini. Saya harap keputusan pemeriksaan suami saya nanti akan positif. Saya juga mengesyorkan produk ini kepada ibu mertua saya yang penyakit kencing manisnya agak tinggi dan beliau sedang menggunakannya. Saya harap kesihatannya semakin baik. InsyaAllah.

Saya Sedang Merepek

Saya sedang menanda skrip peperiksaan bagi pelajar. Dalam pada itu sempat juga memikirkan no pendaftaran kereta baru saya. Sudah beberapa kali bertanya, namun nombor yang saya suka sudah diambil orang. Saya bercadang mendaftarkan kereta di negeri kelahiran saya iaitu Terengganu. Saya terfikir juga kenapa saya suka negeri kelahiran saya itu. Mungkin banyak keistimewaan yang mungkin tiada di tempat lain. Kenapa saya suka negeri Terengganu? Mungkin...(mungkin juga saya sedang merepek ni...maklum..sedang menanda skrip)
  • Saya dilahirkan di sana (haha..memang pun)
  • Ibu bapa saya masih di sana
  • Banyak tempat yang saya akan pergi di sana sekiranya saya balik kampung (itu pun kalau sempat)
  • Hati saya sentiasa di sana (memang saya sentiasa rindu untuk berada di sana)
  • Makanan di sana yang sentiasa saya rindukan (yang tiada di tempat lain)
  • Pemandangan di sana amat menyukakan saya terutama di kawasan hutan dan pantai
  • Apabila balik kampung, senang untuk saya mencari makan (terutama yang halal)
  • Di sana senang untuk saya mendapatkan ulam-ulaman untuk dijadikan sajian
  • Pasar di depan rumah ibu bapa saya sentiasa menghidangkan menu yang membuatkan saya dibuai kenangan ketika kecil
  • Pada saya, semua perkara di sana paling best..kenapa? Sekiranya saya balik kampung, saya akan angkut segala macam benda. Contohnya, garam kasar dari Terengganu, gula dari Terengganu, asam keping dari Terengganu, serai dari Terengganu, gula melaka dari Terengganu, keropok lekor yang memang sah dari Terengganu, telur ayam kampung dari Terengganu, ulam raja dan pucuk gajus dari Terengganu, cuka buatan dari Terengganu, rempah ratus dari Terengganu...dan kalau boleh semua saya mahu angkut bawa balik Johor
  • Saya suka "ikang AYA" (ikan tongkol)
  • Perkataan yang memang saya tidak gunakan apabila bercakap dengan orang kelahiran negeri lain. Contohnya, "dokdang stabuk", "dok stabuk ame", "cokkeng", "brahii teh", "plawok mung", "kut dang kok rang", "kelaq-kelaq doh ni" dan lain-lain lagi...
  • Apa lagi....entah la...semuanya ada dalam di hati saya sekarang...perasaan yang sukar untuk dizahirkan

Namun, ada juga perkara yang saya kurang gemar dengan negeri kelahiran saya beserta rakyatnya. Saya tidak mahu sebut di sini, nanti kena marah. Oklah, sambung marking...cayyok!!berehhh mung!!!

Pandangan Peribadi

Saya selalu mengikuti drama dalam slot Seram di TV3 setiap hari Khamis jam 9.30 malam. Musim ini tajuk untuk slot berkenaan adalah Penunggu Gunung Raya. Perasaan sebenarnya agak kurang senang kerana pada saya ada sesetengah bahagian cerita tersebut agak sadis terutamanya untuk tontonan umum. Apa lagi apabila menonton bersama anak-anak kecil. [nota: Penerbit sudah menyatakan kanak-kanak di bawah berapa tahun entah, haruslah menonton dengan bimbingan ibubapa].

Apabila menonton beberapa kali, saya agak sangsi dengan skrip yang dilontarkan oleh pelakon itu terutamanya apabila dialog yang menyangkal dan mempersoalkan kewujudan dan keagungan Allah. Walaupun hanya berlakon, adakah boleh atau tidak (adakah jatuh hukum murtad atau apa-apa sahaja) apabila seseorang itu mengeluarkannya secara lisan walaupun di dalam hati beliau tidak berniat sebegitu. Saya bukan orang yang pandai untuk bercakap mengenai hukum hakam ini, namun untuk mempersoalkan rezeki yang Allah berikan pun kita disuruh beristighfar banyak-banyak. Siapalah kita untuk mempertikaikannya.

Saya juga terfikir, apakah pula kesan kepada orang ramai yang menonton yang mana zaman ini kita sudah sedia maklum berkenaan dengan masalah jati diri dan keimanan umat Islam. Ya, bagi orang yang beriman, semua itu tidak mungkin akan menggoyahkan keimanan. Namun, apa akan jadi pada anak-anak muda kita yang sekarang ini terlalu banyak hanya mengikut tetapi tidak mahu berfikir tentang sesuatu perkara. Bagaimana skrip yang sebegitu boleh "dilepaskan" oleh pihak tertentu. Saya akui, banyak pengajaran daripada drama ini. Namun ia harus diterapkan dengan jelas supaya pengikut-pengikut cerita ini tidak terpesong oleh dialog atau pun skrip yang diutarakan. Atau pun mungkin juga pengajaran yang jelas dapat dilihat apabila kita menontonnya sehingga tamat episodnya.
Apa-apa pun alasannya, kita harus pastikan sesuatu yang kita lakukan tidak akan memberikan kesan negatif terutama kepada anak-anak atau generasi muda kita. Mungkin pihak penerbit sudah merujuk kepada mereka yang bertauliah tentang perkara ini sebelum mereka memutuskan untuk menayangkan kepada orang ramai. Kita tunggu dan lihat kesudahan cerita ini. Wallahua'lam.

Pengajaran

Tragedi kemalangan yang berlaku di kampung suami pada hari Sabtu yang lalu membuka pelbagai rahsia yang boleh dijadikan iktibar kepada kita yang masih hidup di dunia Allah ini. Akibat daripada kemalangan maut itu, tiga orang terbunuh. Sudah sampai janji Allah, maka kembalilah mereka kepada Tuhannya. Bukan tujuan untuk memalukan, namun peristiwa ini boleh dijadikan pengajaran bagi mereka yang mahu berfikir (pesanan untuk diri sendiri juga).


  • Sekiranya dilantik menjadi orang yang penting dalam masyarakat, haruslah dipikul dengan penuh tanggungjawab dan amanah.
  • Sekiranya berurusan dengan orang lain, buatlah secara jujur dan ikhlas.
  • Jangan lah mengambil kesempatan terutamanya ke atas orang yang tidak berkemampuan dan tiada upaya untuk melawan.
  • Sentiasa memohon maaf sekiranya kita mempunyai salah silap dengan masyarakat.
  • Sekiranya kita merupakan orang penting dalam masyarakat, jika diminta atau dijemput ke majlis-majlis masyarakat kampung, haruslah dipenuhi. Jangan hanya memilih jemputan daripada mereka yang berharta sahaja.
  • Sekiranya berhutang, langsaikan hutang tersebut. Jangan sampai orang yang memberi hutang itu (orang teraniaya) mendoakan perkara yang tidak baik kepada kita dan keluarga.
  • Sekiranya sudah berlaku beberapa perkara yang berulang kali ekoran daripada kesalahan diri, fikir-fikirkan lah. Mungkin itu balasan atau peringatan daripada Allah.
  • Semua perkara yang berlaku mempunyai hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.

Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segala - galanya. InsyaAllah, sekiranya kita menyusuri hidup ini dengan jalan yang betul, Allah akan redha dan memberikan ganjaran yang sewajarnya. Tidak perlu untuk kita menipu sesama kita semata-mata untuk mengaut keuntungan dunia semata-mata.

Jangan Kelentong la Mama...

Beberapa perkara yang berlaku menyebabkan saya lebih berhati-hati apabila bercakap dengan Husna. Antaranya adalah senario di bawah ini.

Ketika sarapan pagi hari minggu yang lalu, Husna tidak menghabiskan rotinya.

Mama: Husna, habiskan roti tu, tak baik membazir.
Husna: Adik dah tak nak (dengan selamba)
Mama: Kalau Husna tak habiskan, nanti roti tu menangis. Kesian dia.
Husna: Diam…adik dah kenyang..dah tak nak
Mama: Biarkan dia…nanti dia tidur roti tu datang…dia terbang cari Husna
Husna: Bila?
Mama: Masa Husna tidur nanti…bila roti jumpa Husna, dia terus masuk dalam mulut Husna..
Husna: (Terus tutup mulut dengan tangan)
Mama: Biarkan dia…membazir sangat
Husna: (Setelah lama berfikir)

Eh mama ni…roti mana ada mata…dia mana boleh cari adik…
Mama: (Terdiam sekejap….aduh..apa aku nak jawap ni..)
(Terus diamkan diri...malas nak fikir jawapan sepatutnya)
Husna: Roti mana ada sayap nak terbang datang cari Husna..
Mama: Cuma terdiam..(sebenarnya tak tahu nak jawap apa…terkejut dengan jawapan Husna)
Mama: Dah…cepat Hazeeq, habiskan makan tu…(sambil berlalu ke sinki)


Sudahnya, kata-kata Husna saya biarkan berlalu begitu sahaja....aduii..budak nih..

Ayah dan Ibu

Ayah dan Ibu
Ayah Dan Ibu
Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan danMatahari
Ahai...Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...Ayah dan ibu lahMesti dihormati
Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...Bagilah tunjuk ajar dan Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat
Lirik lagu Sudirman ini tiba-tiba mengingatkan saya pada ibubapa saya. Setiap kali mendengar lagu mendayu ini, pasti air mata akan bergenang. Tiba-tiba sahaja terasa rindu untuk pulang ke kampung menjenguk mereka. Alahai hati...sabar lah. InsyaAllah, waktu dan ketika itu akan tiba nanti.

"Servis" Yang "Magik"

Semalam, bilik pejabat saya terkunci dari dalam. Memang ia satu kesilapan dan kecuaian dari pihak saya sendiri. Dalam kekalutan untuk ke kelas, saya hanya membawa kunci kereta dan terus mengunci bilik pejabat, sedangkan beg tangan dan peralatan untuk saya mengajar tertinggal di dalam. Kebiasaannya, saya akan meninggalkan kunci 'spare' di satu tempat lain. Namun, kes ini sudah berlaku baru-baru ini, dan saya terlupa untuk meletakkan kunci tersebut semula di tempat yang biasanya saya letakkan. Sudahnya kedua-dua kunci saya ada di dalam beg tangan.

Untuk mendapatkan pertolongan, saya cuba menelefon dari bilik seorang kawan. Disebabkan bahagian Fasiliti baru berpindah, saya tidak pasti nombor telefon baru bahagian itu. Saya cuba menelefon operator dalaman. Malang sekali panggilan tidak berjawab. Jam pada waktu itu sudah menunjukkan 2.30 petang. Sepatutnya dan secara logiknya pada waktu itu semua staf sepatutnya sudah berada di tempat kerja masing-masing. Beberapa kali saya mencuba, keadaan masih sama. Pada mulanya saya andaikan telefon di pejabat kawan saya itu rosak yang menyebabkan mereka "sepatutnya" (atau pun wajib) menjawab telefon. Saya cuba menelefon nombor lama pejabat bahagian fasiliti. Keadaan masih sama. Saya jadi hairan, kenapa semua orang seolah-olah "tidak mahu" menjawab panggilan saya. Atau pun saya kira adakah masa untuk masuk kembali ke pejabat setelah rehat tengahari adalah jam 3.00 petang. Mungkin ada pekeliling baru. Tapi saya rasa mustahil. Takkan organisasi ini mengimplementasikan jadual waktu kerja yang baru tanpa ada sebarang makluman.

Setelah "tidak dilayan", saya menelefon unit keselamatan. Alhamduluillah, panggilan dijawab. Beberapa minit menunggu, seorang staf unit itu tiba bersama sebekas kunci bilik. Beliau cuba membuka bilik, namun menambahkan hairan lagi, kunci yang ada langsung tidak boleh dimasukkan ke lubang kunci. Maksudnya, kunci yang ada dalam simpanan adalah kunci yang sudah lama. Saya cuba lagi menelefon bahagian fasiliti, dan Alhamdulillah mereka sampai walaupun agak lama menunggu. Sewaktu mereka baru mula untuk cuba membuka bilik pejabat saya, mereka ada melakukan "MAGIK" yang tidak boleh saya ceritakan di sini. Saya terpana sekejap dan secara konklusinya, bilik pejabat saya pun adalah tempat yang tidak selamat untuk ditinggalkan sebarang barang yang "agak" berharga. Apatah lagi untuk meninggalkan barangan berharga.

Telur Separuh Masak

Beberapa kali saya menyediakan telur separuh masak untuk diri sendiri di rumah. Melihatkan apa yang saya makan, Hazeeq dan Husna ikut sama untuk merasa. Sekali mencuba, Hazeeq sudah terpesona dan terus meng"order" telur separuh masak daripada saya. Husna pula, mula-mula rasa terus terkeluar "yekk!!" dari mulutnya. Namun, apabila ditambah sedikit kicap, dia pun mula menyukainya.

Hari sabtu dan ahad lepas, saya menyediakan lagi telur itu kepada mereka. Kebetulan di rumah saya ada telur ayam kampung. Telur itu memang dibekalkan oleh ibu saya ketika pulang ke kampung. Apabila bekalan sudah habis, saya tidak tahu mana hendak dicari telur ayam kampung di sini. Ya, memang dijual dipasar, tapi harganya RM 0.50 sebiji. Manalah tahu, ada sumber lain yang harganya agak murah. Kalau ada sesiapa tahu, boleh maklumkan ye.

What is Transfer Factor?

What is Transfer Factor?

Transfer factor is an all natural substance that works by "teaching" your own immune system to identify infectious agents that attack your body every day.
With Transfer Factor you have the ability to borrow and utilize immune memory from the cow and the chicken so when you come in contact with the same infectious organisms, you have an incredible advantage~ your system is ready to remember, recognize and respond to foreign invaders faster and more aggressively. 4Life uses both the cow and chicken to source polyvalent, or broad-spectrum, transfer factors that provide a wide range of immune support. For targeted support, egg sources are specially farmed to benefit specific body systems. Transfer Factor represents a foundation of health for animals and humans alike. They are rare elements that remain constant, no matter what the source, and can be universally shared to strengthen immunity— to protect and enhance life.
Rob Robertson, MD - "Transfer factors are tiny protein molecules that are produced by immune cells called T-cells. It allows the immune system to remember conditions for which immunity has already been established. When a person has been infected, for example, with chicken pox in childhood, their body develops a memory of that illness, and prevents the person from becoming re-infected with it later in life. In the future, the specific immune transfer factor molecule for chicken pox will endow the immune system with the exact ‘blueprint’ of what chicken pox looks like, and the body will be able to quickly recognize and respond to any possible re-infection.

How Transfer Factor Works

Many of these transfer factors - or "immune memory molecules," were introduced to us from our mother’s milk or colostrum, which is the richest source of concentrated transfer factors known to scientists. Transfer factors in colostrum have the sole purpose of transferring immunity from the mother to the baby’s immature immune system. All mammals produce transfer factor, but scientists prefer to work with chicken and normal bovine colostrum. A healthy cow already produces millions of different transfer factors, but when the cow comes into contact with a pathogen such as a virus, it produces a new transfer factor for that specific virus or pathogen.

For individuals challenged by specific pathogens – such as those suffering with chronic illnesses like Chronic Fatigue Syndrome, supplementation with the appropriate transfer factor molecule may provide the ‘missing link,’ thereby allowing the immune system to target and destroy the offending pathogen, and mitigate the symptoms of the disease."

The two most abundant and safest sources of transfer factors come from cow colostrum and egg yolks. 4Life uses these sources in its products to harness both the broad spectrum and targeted immune benefits they provide. Both the cow and the chicken live mainly outside where they eat from the ground, drink from a shared water source, endure all types of weather conditions and contend with all the challenges that come with living in a herd. These open environments leave them exposed to a variety of germs, bacteria and viruses every day, which their immune systems must battle against and then maintain in their memory to keep them healthy throughout their lives. Fortunately, the heroic nature of their immune systems gives them the strength they need to survive.

With Transfer Factor you have the ability to borrow and utilize immune memory from the cow and the chicken so when you come in contact with the same infectious organisms, you have an incredible advantage~ your system is ready to remember, recognize and respond to foreign invaders faster and more aggressively. 4Life uses both the cow and chicken to source polyvalent, or broad-spectrum, transfer factors that provide a wide range of immune support. For targeted support, egg sources are specially farmed to benefit specific body systems. Transfer Factor represents a foundation of health for animals and humans alike. They are rare elements that remain constant, no matter what the source, and can be universally shared to strengthen immunity— to protect and enhance life.