RSS

Tindakan Akan Diambil!!

Mendapat dan menghadapi subjek baru untuk semester baru kali ini agak memeningkan. Tambah lagi dengan perkara baru yang pada kiraan saya bukannya orang yang tepat untuk mengajar (haha...boleh tak macam tu?). Pada permulaannya saya terima subjek tersebut, namun, apabila mendapat silibus baru, saya tiba-tiba jadi tidak keruan. Bertambah lagi pening kepala apabila mendapati subtopiknya adalah topik di dalam subjek yang lain yang akan di tawarkan kepada pelajar pada semester akan datang. Apabila ditanya kepada mereka yang sepatutnya, jawapan sepotong ayat "TINDAKAN AKAN DIAMBIL" itu sahaja yang saya dapati. Entah bila tindakan akan diambil, saya pun tidak pasti. Namun, keputusan sudah dibuat, sementara menunggu "TINDAKAN AKAN DIAMBIL" itu direalisasikan, kami semua akan menganjakkan sub topik berkenaan ke belakang berdasarkan "course structure" yang ada. Ia pun tidak ada kaitan dengan topik-topik seterusnya dan pada kiraan saya tiada masalah untuk dikemudiankan pengajaran subtopik berkenaan.

Namun, saya terfikir juga, macam mana "mereka yang berkenaan" itu tidak dapat memberi jawapan yang secepat mungkin sedangkan mereka lah orang yang terlibat dalam merangka silibus baru itu. Ia seolah-olah, suka hati mereka untuk campak subtopik tersebut supaya nampak lebih "dramatik". Agaknya lah...

0 comments: