Dalam perjalanan menghantar Hazeeq dan Husna ke sekolah, tiba-tiba Hazeeq melakonkan watak yang dimainkan oleh Farid Kamil dalam sebuah filem.
Hazeeq: Muka tak cantik!!nasi lemak 50 sen!! (dengan tangan menutup dada)
Saya menjeling, hairan dan risau kalau-kalau budak sebesar itu sudah tahu maksud nasi lemak 50 sen yang dilakonkan dalam filem itu. Saya bertanya:
mama: Abang tau ke nasi lemak 50 sen tu ape?
hazeeq: tak tau...(sambil tersengih)
mama: habih nape abang cakap sambil buat gaya macam tu?
hazeeq: ntah...mana abang tau..
Husna dibelakang mencelah;
Husna: dia nak makan nasi lemak, ma...
Fuhh...nasib baik mereka tak tahu..
0 comments:
Post a Comment