RSS

Extramind

Saya ada membaca sebuah buku tulisan seorang pakar motivasi negara..antara perkara yang selalu disebut-sebut di dalam bukunya ialah extramind..etramind ialah mempelbagaikan pemikiran dan membina fail dalam otak..pada mulanya, agak kurang pasti dengan apa yang dimaksudkan..melalui contoh ini, sedikit sebanyak membantu...



pecahan daripada extramind ini lebih kurang macam kisah Saidina Ali dengan seorang yahudi..orang yahudi ini asyik hina agam islam. maka satu hari apabila berdepan dengan Saidina Ali, dia rebah tidak berdaya lagi menangkis libasan pedang dan pukulan panglima Islam itu. Sekarang, Saidina Ali tinggal nak menusuk pedangnya ke perut pemuda Yahudi itu.



Tiba-tiba, pemuda yahudi itu meludah ke muka Saidina Ali. daripada nak menikam pemuda yahudi itu, saidina Ali membatalkannya.dia hanya merenung hingga pemuda yahudi itu kehairanan.



kata Saidina Ali, "memang aku beria-ia nak membunuh engkau tadi kerana menghina Allah. aku lakukan kerana Allah, tapi bila engkau meludah ke muka ku, andainya aku membunuh engkau, bukanlah kerana Allah lagi, tapi kerana marahnya aku"



itu lah dia extramind. (dr.HM Tuah)



fuhhh...kagum nya...kalo saya ditempat sebegitu, belum tentu boleh terfikir sejauh itu...

0 comments: