RSS

Selamat Tahun Baru

Selamat tahun baru untuk semua sama ada tahun baru hijrah atau pun tahun baru masihi. yang pasti semua mengharapkan pada tahun baru ini akan sentiasa dilimpahi dengan kebahagiaan dan kejayaan. saya pun sama. sebagai manusia biasa, tidak dapat lari daripada harapan-harapan sebegini. saya mendoakan untuk diri saya, keluarga dan juga teman-teman yang lain agar dikurniakan segala kebahagiaan, kejayaan dan sentiasa dilimpahi dengan rahmat dan kasih sayangNya.Amin.

Extramind

Saya ada membaca sebuah buku tulisan seorang pakar motivasi negara..antara perkara yang selalu disebut-sebut di dalam bukunya ialah extramind..etramind ialah mempelbagaikan pemikiran dan membina fail dalam otak..pada mulanya, agak kurang pasti dengan apa yang dimaksudkan..melalui contoh ini, sedikit sebanyak membantu...



pecahan daripada extramind ini lebih kurang macam kisah Saidina Ali dengan seorang yahudi..orang yahudi ini asyik hina agam islam. maka satu hari apabila berdepan dengan Saidina Ali, dia rebah tidak berdaya lagi menangkis libasan pedang dan pukulan panglima Islam itu. Sekarang, Saidina Ali tinggal nak menusuk pedangnya ke perut pemuda Yahudi itu.



Tiba-tiba, pemuda yahudi itu meludah ke muka Saidina Ali. daripada nak menikam pemuda yahudi itu, saidina Ali membatalkannya.dia hanya merenung hingga pemuda yahudi itu kehairanan.



kata Saidina Ali, "memang aku beria-ia nak membunuh engkau tadi kerana menghina Allah. aku lakukan kerana Allah, tapi bila engkau meludah ke muka ku, andainya aku membunuh engkau, bukanlah kerana Allah lagi, tapi kerana marahnya aku"



itu lah dia extramind. (dr.HM Tuah)



fuhhh...kagum nya...kalo saya ditempat sebegitu, belum tentu boleh terfikir sejauh itu...

Antara masalah Kanak-kanak di Malaysia...

saya terbaca rencana dalam satu surat khabar hari ni...menceritakan tentang antara lain, kanak2 di malaysia kurang cergas...antara perenggannya ialah...



"Kaji selidik yang dikendalikan Pusat Informasi Pemakanan Asia (AFIC) terhadap kanak-kanak berusia antara sepuluh hingga 12 tahun di empat bandar raya Asia termasuk Kuala Lumpur menunjukkan, gaya hidup kanak-kanak di Malaysia berada di tahap membimbangkan kerana tidak aktif."



“Mereka tidak cergas bergerak kerana banyak memperuntukkan masa menonton televisyen, bermain Play Station (PS) dan menghadap komputer pada masa senggang. Pada musim cuti sekolah pula, 30 peratus kanak-kanak di Malaysia didapati menghabiskan masa lapan jam sehari menonton televisyen,”



"Justeru, gaya hidup berkenaan tidak boleh dibiarkan berterusan dalam jadual pembesaran kanak-kanak kerana ia dikhuatiri boleh menjejaskan perkembangan holistik kanak-kanak serta masalah berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanak juga semakin berleluasa."



“Apabila kanak-kanak mengalami masalah obesiti, tidak mustahil mereka akan dijangkiti penyakit yang berkaitan dengan berat badan seperti kardiovaskular, tekanan darah tinggi, diabetis jenis II dan pelbagai lagi,”



Saya pernah bersembang2 dengan husband pasal ni (it was not totally about this topic) tapi berkenaan permainan PSdan computer games...i did mention him...kite xboleh beli PS ni ataupun game2 lain kat rumah..nanti diorang (my kids) jadi malas....



my husband said...tak boleh mcm tu...kite kene beli jugak..sebab zaman sekarang salah satu cara nak control anak2 ialah menyediakan ape yang disukai di rumah....so that diorang xpayah cari hiburan di luar...



saya terfikir...betul jugak...dan saya teringat salah seorang pakar motivasi di malaysia ni pun menyediakan satu studio kecik kat rumahnya utk anak2 nya jamming...so kite sebagai orang tua diorang haruslah berpada-pada dalam hal ni...

selain dari hal2 berkaitan tidak cergas ni, pemakanan pun perlu dititikberatkan....dan satu kisah benar yang berlaku pada seorang yang saya kenal...makanan kegemaran anaknya adalah telur (ayam)...boleh dikatakan setiap hari makan telur..sama ada digoreng atau direbus...kadang2 2-3 biji....budaknya boleh dikategorikan sebagai gemuk walaupun tak makan nasi...saya cuma nasihatkan...xtau la apa tindakannya...sebab saya pernah terbaca satu rencana, kemungkinan untuk dapat penyakit diabetes adalah sebanyak 60% bagi lelaki dan 70% bagi wanita sekiranya individu itu makan telur hanya sebiji setiap hari...untuk kurangkan risiko, hendaklah dikurangkan kepada 3 biji sahaja dalam seminggu.....



dan bila memikirkan hal2 berkaitan anak2...kadang2 saya jadi seram...especially dengan ape yang kite bagi die hari ni.....dari segi pemakanannya...didikannya....(saya quite garang dengan anak2...hehe)...ape akan jadi bila diorang besar nanti...hanya Allah sahaj yang tahu...

sekolah baru

salam..hari ni start keje balik...selepas seminggu cuti + raya...sampai kampus, suasana lengang lagi...biasa la...org lain pun masih bercuti/ attending courses/conference etc...

this morning, send my kids to nursery...itwas a last minute decision...bukan ape...malam tadi, baby sitter called and mentioned hari ni xleh jaga bebudak ni....so, buntu kejap...cmne nak buat kan...sebab husband pun xsihat sepenuhnya utk jaga diorg...i said to my hubby, why not we just 'try' send them to nursery...??tengok diorang ok ke tidak environment kat sana kan...sebab dulu pernah hantar sekali tapi 2 beradik tu terpisah...masa tu hazeeq umur 1thn 4 bulan lebih kurang...and husna baru umur 2 bulan...hazeeq dihantar ke nursery and husna kat babysitter die...3 hari hantar, hazeeq nangis je pagi ke petang...terfikir jugak mungkin hazeeq tak selesa sbb terpisah dr adiknya...lepas tu bawak la 2-2 tu ke baby sitter...sekarang ni 2-2 tu kire dah besar...sorang 3 taun sorang 2 taun...

then hari ni, berjaya jugak hantar diorg..nampak mcm ok...rasa mcm ok kut....heheh...dah pesan tadi kat cikgu nursery tu, apepehal..call...