RSS

meLAYU....

Malam tadi saya, suami dan anak-anak keluar makan di restoran ayam goreng.bukan nak celebrate apa pun, sekadar memenuhi selera suami dan anak-anak...saya cuma ikutkan aje...on the way back, melihatkan agak ramai budak-budak muda dengan motor masing-masing, suami saya bersuara..."agaknya berapa ramai la anak-anak gadis akan ter'korban' malam ni...maklumla..malam tahun baru..."saya membalas," kalau itu punya kes, tak payah tunggu tahun baru, bila-bila pun sentiasa ada kes macam tu...."bukan bersetuju dengan keadaan sebegitu, tapi itulah kenyataannya dunia sekarang...terutamanya anak-anak melayu...dalam hati memang amat risau dengan senario ini...

dan pagi tadi, waktu kelas, saya bagi ceramah free kat student...bukan ape, untuk setiap kelas, mesti pelajar lelaki yang akan jadi kumpulan minoriti...saya rasa keadaan yang sama berlaku pada kebanyakan kelas-kelas yang lain..untuk semester ini dan pelajar yang saya jumpa setakat ini, maksimum adalah hanya 6 orang pelajar lelaki daripada 20-30 orang pelajar dalam satu kelas...mana pergi manusia yang bernama lelaki...itu soalan yang saya ajukan kepada mereka...untuk kelas pagi tadi, hanya 4 orang pelajar lelaki daripada 21 orang...mereka hanya tersengih...bila dah tersengih, saya sindir lagi...jadilah lelaki yang berkualiti dari semua aspek...kalo macam ni la keadaan awak pelajar lelaki (pada masa tu, ke 4-4 duduk barisan paling belakang), awak takkan jadi lelaki berkualiti...sebabnya, orang lelaki sepatutnya atau sekurang-kurangnya berada di barisan hadapan untuk diangkat sebagai pemimpin...tersengih lagi....agaknya terasa la tu...dan saya tambah lagi, zaman sekarang memang susah nak cari seorang lelaki yang betul-betul berkualiti dalam semua aspek...agamanya, pendidikannya dan macam2 lagi...bukan tak ada langsung, tapi semakin kurang....kalau kebanyakan jawatan penting dipegang oleh orang perempuan, apa nak jadi dengan orang lelaki.....itu yang saya geram dengan anak-anak muda lelaki berbangsa melayu terutamanya....diorang penakut dalam kelas, tapi berani nak membunuh diri di jalan raya...penakut untuk pergi masjid/kelas agama, tapi berani nak jadi 'doktor'...cucuk diri sendiri...

dan tengahhari ni pulak, saya ke rumah sekejap sebab janji dengan suami nak lunch sama....sambil-sambil mendengar berita terkini....biasa la, kejadian pada malam tahun baru...antara yang menarik minat saya...berlaku kemalangan yang melibatkan anak muda melayu yang baru pulang dari sabuah pusat hiburan di KL selepas celebrate tahun baru...salah seorang tu meninggal di tempat kejadian dengan kepala pecah disebabkan tercampak keluar dari kereta...saya beristighfar....ya Allah..dalam hati..."kesiannya dia meninggal dalam keadaan macam tu"...bukan kesian sebab accident, tapi kesian sebab meninggal selepas meninggalkan tempat hiburan tu...xtau la diorang melakukan maksiat atau pun tidak...bukan saya layak untuk mengadili semua tu...itu urusan Tuhan...tapi mintak-mintak meninggal dalam iman....dan yang dikesalkan...adalah bangsa MELAYU....aduuhh...

jadi, di hari pertama tahun baru ini, saya mohon kepada Allah agar diberikan segala kebaikan dan keinsafan kepada diri saya sendiri, keluarga,sahabat, bangsa MELAYU serta umat islam..semoga kita akan jadi lebih baik daripada hari yang lepas...

4 comments:

Unknown said...

Salam Lah,

betul la....dalam kelas saya pun budak lelaki suke duduk belakang2 dan macam serabut jer....masuk dah la lewat lak tu wat muke selamba jerk je.

Apa nak jadi nie....??? Kepupusan spesies di IPTA. Hisshh...ngeri nye.

fadilah said...

ntah la...naik risau tgk lelaki melayu zaman sekarang.

ezza erisa said...

terkorban?kekekeke

baca mastika baru..kaitan 1 january dgn 9 september..sedap je sindir :D

fadilah said...

to ezza:a'ah..saya belum baca lagi mastika bulan ni..xsempat lagi

to kamal:special topic nye subjek, student lelaki ada 3 orang je out of 37..teruk nya...semua nye diberi tanggungjawab sebagai ketua untuk organize program semster ni...yang 3 orang ni la yang dengan sememeh nye...dengan selekeh nye...lembik..xde semangat..heiii..geram tengok!!