RSS

Rezeki

Salam. Hari ini adalah hari bekerja setelah 4 hari bercuti sempena Tahun Baru Cina. Asalnya, hati teringin untuk balik kampung, tetapi disebabkan masalah-masalah lain, saya batalkan sahaja niat itu. Tidak mengapa, kerana banyak lagi hal yang perlu saya bereskan di sini, sama ada melibatkan hal-hal kerja dan juga peribadi.



Hari ini adalah hari untuk menyiapkan proposal. Hari 'proposal sedunia'. Saya mensasarkan untuk menyiapkan proposal untuk program pelajar dan juga untuk penyelidikan. Seawal pagi, bilik saya sudah panas dengan perbincangan hal berkaitan dengan kerja (walaupun tak secara langsung). Saya mendengar luahan dan juga memberi pendapat. Harapnya keadaan akan menjadi lebih baik.



Minggu lepas, saya telah dilantik untuk menjalankan satu tanggungjawab. Ia bukan satu jawatan yang besar pun tapi memadai lah untuk orang yang tidak seberapa macam saya. Hakikatnya, saya tidak mengharap pun pada tanggungjawab itu dan tidak terfikir walaupun untuk dicalonkan. Saya hanya ke mesyuarat itu sekadar memberi sokongan kepada persatuan, dan juga mencari 'duit poket'...hehehe. Tapi, apabila dicalonkan, memang saya terkejut, sebab memang tidak ada secuit pun rasa mengharap pada jawatan itu, dan ketika itu, untuk menolak, pada saya mungkin saya tidak akan menang sebab rasanya calon yang lain lagi baik daripada saya. Dan mungkin juga rezeki saya, saya yang menang dengan sokongan yang tidak banyak sebab ahli yang hadir adalah tidak ramai (kalau ramai yang hadir, mungkin saya tak akan tercalon). Tapi saya percaya kepada rezeki yang Allah berikan (sebab saya berdoa sesuatu yang tidak perlu saya nyatakan di sini). Pada masa itu, saya terfikir, mungkin saya boleh cuba, sedaya upaya, menjalankan tanggungjawab itu, walaupun pada masa yang sama saya agak was-was. Perasaan risau terbawa-bawa hingga ke rumah dan sehingga hari ini saya masih terfikirkan hal itu. Saya juga memikirkan dan dapat rasai mungkin ada yang tidak setuju atau kurang yakin dengan perlantikan saya itu. Namun, sekarang saya tidak mahu memikirkannya lagi, sebab saya sudah berazam akan melaksanakan tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin. Saya juga ingin memohon maaf sekiranya saya tidak layak, saya terima untuk digugurkan pada pemilihan yang akan datang. Yang penting, saya akan mengambil peluang yang diberikan ini dengan melakukan yang terbaik. InsyaAllah.

5 comments:

Saya said...

Lah
kak yus percaya Lah boleh lakukan...kalau sebelum ini semua tanggungjawab yang diberikan Lah boleh buat, kenapa tidak tanggungjawab ini...untuk jadi terbaik itu memang sukar tapi sekurang-kurangnya kita cuba dahulu untuk jadi terbaik...

limaedua said...

tanggungjawab ape yg diberikan? sian kt org2 mcm aku bulah, yg xsedunia tp nk tau..

Unknown said...

To lah.....wahai sahabatku.

Mohon kepada Allah agar dipermudahkan urusan dan tanggungjawab yang bakal dipikul nanti ye.....insyallah everything will be fine.

Cayalah....Go TMSK Go.....congrats.

Anonymous said...

tanggungajwab apakah????curious....

Rohadatul Aisy said...

ikhlas dalam membuat kerja..insya Allah..dipermudah semuanya..