RSS

Pengajaran

Tragedi kemalangan yang berlaku di kampung suami pada hari Sabtu yang lalu membuka pelbagai rahsia yang boleh dijadikan iktibar kepada kita yang masih hidup di dunia Allah ini. Akibat daripada kemalangan maut itu, tiga orang terbunuh. Sudah sampai janji Allah, maka kembalilah mereka kepada Tuhannya. Bukan tujuan untuk memalukan, namun peristiwa ini boleh dijadikan pengajaran bagi mereka yang mahu berfikir (pesanan untuk diri sendiri juga).


  • Sekiranya dilantik menjadi orang yang penting dalam masyarakat, haruslah dipikul dengan penuh tanggungjawab dan amanah.
  • Sekiranya berurusan dengan orang lain, buatlah secara jujur dan ikhlas.
  • Jangan lah mengambil kesempatan terutamanya ke atas orang yang tidak berkemampuan dan tiada upaya untuk melawan.
  • Sentiasa memohon maaf sekiranya kita mempunyai salah silap dengan masyarakat.
  • Sekiranya kita merupakan orang penting dalam masyarakat, jika diminta atau dijemput ke majlis-majlis masyarakat kampung, haruslah dipenuhi. Jangan hanya memilih jemputan daripada mereka yang berharta sahaja.
  • Sekiranya berhutang, langsaikan hutang tersebut. Jangan sampai orang yang memberi hutang itu (orang teraniaya) mendoakan perkara yang tidak baik kepada kita dan keluarga.
  • Sekiranya sudah berlaku beberapa perkara yang berulang kali ekoran daripada kesalahan diri, fikir-fikirkan lah. Mungkin itu balasan atau peringatan daripada Allah.
  • Semua perkara yang berlaku mempunyai hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.

Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segala - galanya. InsyaAllah, sekiranya kita menyusuri hidup ini dengan jalan yang betul, Allah akan redha dan memberikan ganjaran yang sewajarnya. Tidak perlu untuk kita menipu sesama kita semata-mata untuk mengaut keuntungan dunia semata-mata.

0 comments: