RSS

Setelah Menggunakan...

Sehingga hari ini hampir sebulan saya dan keluarga menggunakan produk "supplement" Transfer Factor (TF). Apa yang saya rasakan, pernyataan biasa, saya rasa semakin sihat. Alhamdulillah, dengan izin Allah dan ikhtiar menggunakan produk ini, saya rasa kesihatan semakin baik. Namun begitu, saya masih belum membuat sebarang pemeriksaan kesihatan. Paling akhir saya membuat pemeriksaan kesihatan ialah pada bulan Mac lalu ketika terasa sakit kepala berpanjangan untuk beberapa hari. Khuatir dengan keadaan itu, saya ke klinik dan hasilnya saya hampir terkena penyakit darah tinggi. Doktor menasihatkan saya untuk buat "sesuatu". Apa yang saya buat, saya hanya "skipping" lebih kurang 100 lompatan beberapa kali seminggu. Itu pun bergantung kepada mood saya. Sebulan selepas itu, saya mengambil produk TF ini setiap malam sehingga sekarang. Alhamdulillah, saya rasa semakin baik sekarang.

Untuk suami pula, memang beliau telah didiagnoskan mengidap darah tinggi dan kencing manis tetapi masih peringkat terkawal. Selain daripada itu, beliau juga menghidap penyakit batu karang. Sebelum ini, apabila membuang air kecil, darah akan sentiasa keluar. Apabila ke klinik, doktor tidak dapat membuat pemeriksaan urin kerana dipenuhi dengan darah. Doktor mengambil darah untuk dihantar ke makmal bagi menguji sama ada penyakit itu mempunyai kaitan dengan buah pinggang kerana suami saya tidak terasa sakit ketika membuang air. Hasil daripada ujian makmal tersebut, semuanya baik dan tiada kaitan dengan masalah buah pinggang. Doktor hanya memberikan ubat bagi menghentikan darah sahaja. Namun, ia hanya bertahan beberapa minggu sahaja, selepas itu berdarah lagi. Apabila mencuba produk TF, seminggu pertama menggunakannya, suami saya mengadu darah keluar lagi. Saya agak bimbang, namun saya yakinkan suami saya mungkin ini adalah "healing process", mungkin selepas ini semua akan jadi seperti biasa. Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang mengizinkan, suami saya tiada lagi masalah batu karang itu setakat ini. Namun, bagi kencing manis dan darah tinggi, awal bulan Mei ini beliau dijadualkan untuk membuat pemeriksaan di klinik. Saya harap keputusan yang akan diperolehi baik.

Bagi anak-anak saya pula, setiap pagi atau malam, saya akan memasukkan serbuk TF ini di dalam minuman mereka, hanya sekali sehari. Alhamdulillah, dengan izin Allah, anak-anak saya setakat ini tidak mendapat demam dan jangkitan selsema dan batuk. Hujung minggu lepas, saya ke rumah mertua dan ketiga-tiga anak buah suami batuk-batuk dan selsema. Biasanya, apabila mereka main bersama, tidak lama selepas itu, Hazeeq dan Husna akan turut sama batuk dan selsema. Namun kali ini, Alhamdulillah, apabila balik ke Segamat, mereka masih dalam keadaan sihat seperti biasa. Jadi, saya tidak perlu ke klinik lagi bagi mengambil ubat batuk yang kita tahu banyak risikonya kepada anak-anak kecil.
Setakat ini, saya berpuas hati dengan produk ini. Saya harap keputusan pemeriksaan suami saya nanti akan positif. Saya juga mengesyorkan produk ini kepada ibu mertua saya yang penyakit kencing manisnya agak tinggi dan beliau sedang menggunakannya. Saya harap kesihatannya semakin baik. InsyaAllah.

0 comments: