RSS

Saya Sedang Merepek

Saya sedang menanda skrip peperiksaan bagi pelajar. Dalam pada itu sempat juga memikirkan no pendaftaran kereta baru saya. Sudah beberapa kali bertanya, namun nombor yang saya suka sudah diambil orang. Saya bercadang mendaftarkan kereta di negeri kelahiran saya iaitu Terengganu. Saya terfikir juga kenapa saya suka negeri kelahiran saya itu. Mungkin banyak keistimewaan yang mungkin tiada di tempat lain. Kenapa saya suka negeri Terengganu? Mungkin...(mungkin juga saya sedang merepek ni...maklum..sedang menanda skrip)
  • Saya dilahirkan di sana (haha..memang pun)
  • Ibu bapa saya masih di sana
  • Banyak tempat yang saya akan pergi di sana sekiranya saya balik kampung (itu pun kalau sempat)
  • Hati saya sentiasa di sana (memang saya sentiasa rindu untuk berada di sana)
  • Makanan di sana yang sentiasa saya rindukan (yang tiada di tempat lain)
  • Pemandangan di sana amat menyukakan saya terutama di kawasan hutan dan pantai
  • Apabila balik kampung, senang untuk saya mencari makan (terutama yang halal)
  • Di sana senang untuk saya mendapatkan ulam-ulaman untuk dijadikan sajian
  • Pasar di depan rumah ibu bapa saya sentiasa menghidangkan menu yang membuatkan saya dibuai kenangan ketika kecil
  • Pada saya, semua perkara di sana paling best..kenapa? Sekiranya saya balik kampung, saya akan angkut segala macam benda. Contohnya, garam kasar dari Terengganu, gula dari Terengganu, asam keping dari Terengganu, serai dari Terengganu, gula melaka dari Terengganu, keropok lekor yang memang sah dari Terengganu, telur ayam kampung dari Terengganu, ulam raja dan pucuk gajus dari Terengganu, cuka buatan dari Terengganu, rempah ratus dari Terengganu...dan kalau boleh semua saya mahu angkut bawa balik Johor
  • Saya suka "ikang AYA" (ikan tongkol)
  • Perkataan yang memang saya tidak gunakan apabila bercakap dengan orang kelahiran negeri lain. Contohnya, "dokdang stabuk", "dok stabuk ame", "cokkeng", "brahii teh", "plawok mung", "kut dang kok rang", "kelaq-kelaq doh ni" dan lain-lain lagi...
  • Apa lagi....entah la...semuanya ada dalam di hati saya sekarang...perasaan yang sukar untuk dizahirkan

Namun, ada juga perkara yang saya kurang gemar dengan negeri kelahiran saya beserta rakyatnya. Saya tidak mahu sebut di sini, nanti kena marah. Oklah, sambung marking...cayyok!!berehhh mung!!!

0 comments: