Utara lagi??
ESQ Leadership Training
Pagi yang ceria |
Menunggu pintu dewan dibuka |
Nyanyi ke apa entah waktu ni.. |
Kawan baru |
Main game buaya |
Dapat hadiah kerana menjawab soalan |
Sijil |
Akhirnya...ALUMNI |
Sambutan Hari Lahir ke 4
Barbie Cake Husna |
Hazeeq yang berjauh hati tengok kek adiknya. Berlinang air mata. |
Setelah dipujuk, Hazeeq boleh terima kenyataan..heheh |
Husna yang tak sabar-sabar |
Masih terbawa-bawa oleh perasaan...makan seorang diri di sana sebelum didatangi kawan-kawan |
Meriah.. |
Husna yang comot.. |
Si Barbie yang sudah berbaki |
Pantun Versi Husna
Buah cempedak di luar pagar
Ambil lah kan tolong jolokkan
Saya baru budak belajar
Kalau salah tolong jolokkan...
Nasib baik dah habis solat. Tergelak besar saya dan suami. Hazeeq pun turut sama gelakkan adiknya.
Mama: Husna....Meh sini...meh mama jolokkan..meh...memang dah salah la tu....hahahaha
Husna...husna..
Jangan Tinggal Daku
Nasi Lemak 50 sen
Hazeeq: Muka tak cantik!!nasi lemak 50 sen!! (dengan tangan menutup dada)
Saya menjeling, hairan dan risau kalau-kalau budak sebesar itu sudah tahu maksud nasi lemak 50 sen yang dilakonkan dalam filem itu. Saya bertanya:
mama: Abang tau ke nasi lemak 50 sen tu ape?
hazeeq: tak tau...(sambil tersengih)
mama: habih nape abang cakap sambil buat gaya macam tu?
hazeeq: ntah...mana abang tau..
Husna dibelakang mencelah;
Husna: dia nak makan nasi lemak, ma...
Fuhh...nasib baik mereka tak tahu..
Al-Fatihah
Ibu Saya
Pelajar Masakini
- Apa la diorang ni, soalan senang macam ni pun tak dapat jawab
- Dah berapa kali keluar soalan macam ni, masih tak boleh jawab
- Ya Allah...apa bengap benor student aku ni...senang gila ni..basic je ni
- Apa yang diorang ni belajar dalam kelas...nampak macam ok, paham sungguh-sungguh, tapi time final exam, tak boleh jawab jugak
- Student tu memang macam tu...lantak la diorang dapat markah macam tu...perangai bukan elok pun
- Eh..soalan dah keluar waktu ujian hari tu...ni kira soalan berulang ni...dah discuss dalam kelas ni...apsal tak bleh jawab lagi ni
- eiii...sakit hati aku nanda paper diorang ni
- La...ramainya fail..camane ni...??
- Kata dah intake Julai...tapi apsal jawab exam macam budak tak cukup syarat je ni?
- Dan macam-macam lagi...
Pada hemat saya, kebanyakan pelajar sekarang ini terlalu manja. Pelajar tidak akan belajar sesuatu yang tidak diajar di dalam kelas. Terlalu bergantung kepada pensyarah. Sekiranya tidak disebut di dalam kelas, maka tidak akan dilakukan oleh mereka. Membaca, amat jauh sekali, padahal itu lah tunjang kepada menuntut ilmu. Macam-macam alasan diberikan, tak minat subjek tu lah, malas nak menghafal lah, tak faham lah. "Trend" pelajar masakini, esok atau petang ni nak masuk dewan peperiksaan, pagi ini baru buat temujanji dengan pensyarah. Paling terdesak, jam 12.00 tengah malam sanggup telefon atau SMS untuk bertanyakan soalan. Sekiranya tidak dapat menjawab, sanggup tinggalkan "nota" meminta kasihan daripada pensyarah atau pun lebih senang menuduh pensyarah itu ini. Diri sendiri tiada salahnya, walau pun saya sentiasa menerima alasan pelajar tidak hadir ke kelas jam 8.00 pagi atau 10.00 pagi kerana tidak boleh bangun pagi. Mereka sangup dengan muka tak malu SMS pensyarah untuk membatalkan kelas kerana pada malamnya ada ujian untuk subjek lain. Saya amat bersetuju jika dikatakan pelajar sekarang tidak ada jati diri, malas dan tidak pandai berdikari. Mereka juga gagal mentadbir diri. Contoh di depan mata sudah terlalu banyak. Amat jauh berbeza dengan zaman orang dulu-dulu belajar. Bagaimana manusia seperti ini akan mengajar anak-anak kita nanti? Wallahua'lam. Semoga mereka cepat-cepat sedar diri.
Selamat Hari Ibu
Setelah Menggunakan...
Saya Sedang Merepek
- Saya dilahirkan di sana (haha..memang pun)
- Ibu bapa saya masih di sana
- Banyak tempat yang saya akan pergi di sana sekiranya saya balik kampung (itu pun kalau sempat)
- Hati saya sentiasa di sana (memang saya sentiasa rindu untuk berada di sana)
- Makanan di sana yang sentiasa saya rindukan (yang tiada di tempat lain)
- Pemandangan di sana amat menyukakan saya terutama di kawasan hutan dan pantai
- Apabila balik kampung, senang untuk saya mencari makan (terutama yang halal)
- Di sana senang untuk saya mendapatkan ulam-ulaman untuk dijadikan sajian
- Pasar di depan rumah ibu bapa saya sentiasa menghidangkan menu yang membuatkan saya dibuai kenangan ketika kecil
- Pada saya, semua perkara di sana paling best..kenapa? Sekiranya saya balik kampung, saya akan angkut segala macam benda. Contohnya, garam kasar dari Terengganu, gula dari Terengganu, asam keping dari Terengganu, serai dari Terengganu, gula melaka dari Terengganu, keropok lekor yang memang sah dari Terengganu, telur ayam kampung dari Terengganu, ulam raja dan pucuk gajus dari Terengganu, cuka buatan dari Terengganu, rempah ratus dari Terengganu...dan kalau boleh semua saya mahu angkut bawa balik Johor
- Saya suka "ikang AYA" (ikan tongkol)
- Perkataan yang memang saya tidak gunakan apabila bercakap dengan orang kelahiran negeri lain. Contohnya, "dokdang stabuk", "dok stabuk ame", "cokkeng", "brahii teh", "plawok mung", "kut dang kok rang", "kelaq-kelaq doh ni" dan lain-lain lagi...
- Apa lagi....entah la...semuanya ada dalam di hati saya sekarang...perasaan yang sukar untuk dizahirkan
Namun, ada juga perkara yang saya kurang gemar dengan negeri kelahiran saya beserta rakyatnya. Saya tidak mahu sebut di sini, nanti kena marah. Oklah, sambung marking...cayyok!!berehhh mung!!!
Pandangan Peribadi
Pengajaran
- Sekiranya dilantik menjadi orang yang penting dalam masyarakat, haruslah dipikul dengan penuh tanggungjawab dan amanah.
- Sekiranya berurusan dengan orang lain, buatlah secara jujur dan ikhlas.
- Jangan lah mengambil kesempatan terutamanya ke atas orang yang tidak berkemampuan dan tiada upaya untuk melawan.
- Sentiasa memohon maaf sekiranya kita mempunyai salah silap dengan masyarakat.
- Sekiranya kita merupakan orang penting dalam masyarakat, jika diminta atau dijemput ke majlis-majlis masyarakat kampung, haruslah dipenuhi. Jangan hanya memilih jemputan daripada mereka yang berharta sahaja.
- Sekiranya berhutang, langsaikan hutang tersebut. Jangan sampai orang yang memberi hutang itu (orang teraniaya) mendoakan perkara yang tidak baik kepada kita dan keluarga.
- Sekiranya sudah berlaku beberapa perkara yang berulang kali ekoran daripada kesalahan diri, fikir-fikirkan lah. Mungkin itu balasan atau peringatan daripada Allah.
- Semua perkara yang berlaku mempunyai hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.
Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segala - galanya. InsyaAllah, sekiranya kita menyusuri hidup ini dengan jalan yang betul, Allah akan redha dan memberikan ganjaran yang sewajarnya. Tidak perlu untuk kita menipu sesama kita semata-mata untuk mengaut keuntungan dunia semata-mata.
Jangan Kelentong la Mama...
Ketika sarapan pagi hari minggu yang lalu, Husna tidak menghabiskan rotinya.
Mama: Husna, habiskan roti tu, tak baik membazir.
Husna: Adik dah tak nak (dengan selamba)
Mama: Kalau Husna tak habiskan, nanti roti tu menangis. Kesian dia.
Husna: Diam…adik dah kenyang..dah tak nak
Mama: Biarkan dia…nanti dia tidur roti tu datang…dia terbang cari Husna
Husna: Bila?
Mama: Masa Husna tidur nanti…bila roti jumpa Husna, dia terus masuk dalam mulut Husna..
Husna: (Terus tutup mulut dengan tangan)
Mama: Biarkan dia…membazir sangat
Husna: (Setelah lama berfikir)
Eh mama ni…roti mana ada mata…dia mana boleh cari adik…
Mama: (Terdiam sekejap….aduh..apa aku nak jawap ni..)
(Terus diamkan diri...malas nak fikir jawapan sepatutnya)
Husna: Roti mana ada sayap nak terbang datang cari Husna..
Mama: Cuma terdiam..(sebenarnya tak tahu nak jawap apa…terkejut dengan jawapan Husna)
Mama: Dah…cepat Hazeeq, habiskan makan tu…(sambil berlalu ke sinki)
Sudahnya, kata-kata Husna saya biarkan berlalu begitu sahaja....aduii..budak nih..
Ayah dan Ibu
"Servis" Yang "Magik"
Telur Separuh Masak
Hari sabtu dan ahad lepas, saya menyediakan lagi telur itu kepada mereka. Kebetulan di rumah saya ada telur ayam kampung. Telur itu memang dibekalkan oleh ibu saya ketika pulang ke kampung. Apabila bekalan sudah habis, saya tidak tahu mana hendak dicari telur ayam kampung di sini. Ya, memang dijual dipasar, tapi harganya RM 0.50 sebiji. Manalah tahu, ada sumber lain yang harganya agak murah. Kalau ada sesiapa tahu, boleh maklumkan ye.
What is Transfer Factor?
Transfer factor is an all natural substance that works by "teaching" your own immune system to identify infectious agents that attack your body every day.
Rob Robertson, MD - "Transfer factors are tiny protein molecules that are produced by immune cells called T-cells. It allows the immune system to remember conditions for which immunity has already been established. When a person has been infected, for example, with chicken pox in childhood, their body develops a memory of that illness, and prevents the person from becoming re-infected with it later in life. In the future, the specific immune transfer factor molecule for chicken pox will endow the immune system with the exact ‘blueprint’ of what chicken pox looks like, and the body will be able to quickly recognize and respond to any possible re-infection.
How Transfer Factor Works
"Anak-anak lorong"
Realiti Kini
Cuti
Sifat Mahmudah
Kisah di Suatu Petang
Husna: Mama, bila kita nak pindah rumah ni..?(sambil menunjukkan gambar rumah di dalam majalah)
Mama: Eh, apasal pulak? Itu bukan rumah kita. Rumah kita yang ni…
Husna: Ala…rumah ni (dalam majalah) cantik…
Mama: Nape? Rumah kita ni tak cantik ke?
Husna: Taakk…
Mama: Tak pela…nanti kita ada la rumah cantik macam tu…tunggu mama ada duit dulu..
HUsna: Ala…adik nak duk rumah tu (dalam majalah) sekarang jugak
Mama: Mana boleh? Rumah tu ada tuan, nanti tuan dia nak duk mana?
Husna: Tak pe…tuhhan (tuan) dia bagi…(sambil beberapa kali saya membetulkan sebutan TUAN)
Mama: Tuan dia tak bagi…nanti kesian rumah kita ni…sapa nak duduk…
Husna: Alaaa…adik nak duk rumah cantik tu sekarang jugak…ada taman..senang adik nak main…
Mama: (dalam hati) ooo…patut la..
Husna mula merengek. Bicara disambung lagi (melihatkan katil ditukar cadar baru)
Husna: Kenapa mama tukar katil ni..?
Mama: Tak de la…mama tukar cadar je..
Husna: Adik taknak katil ni….nak katil bawah (tilam tanpa cadar)
Mama: La…apsal?mana best tidur katil bawah…Lagi best kalau ada cadar..
Husna: Tak nak….!!Adik nak katil ni….(husna mula meraung)
Setelah itu, saya beralih ke depan tv. Hazeeq masih tekun menonton kartun. Husna menjerit-jerit. Hazeeq komplen, bising katanya.
Hazeeq: Mama, apa bising sangat tu?
Mama: Ntah..adik meragam…abang gi tanya, adik nak apa..
Hazeeq: Adik nak apa…?
HUsna: nak mama…
Mama: Haa..datang sendiri sini..
Hazeeq: Adik dah bukak semua baju ma…dia nak mandi kut..
Mama: …(Diam…malas nak layan)
Hazeeq: Biar abang mandikan je la…(sambil menyinsing kaki seluar jeans yang dipakai)
Mama: …(Diam lagi…saja membiarkan)
Kedua-dua beradik masuk ke bilik air…si abang mandikan adiknya..siap bagi arahan seperti mana saya arahkan mereka ketika mandi.
Hazeeq: Gosok ketiak tu dik…tangan…kaki…leher…
Husna: Diam…agaknya mengikut apa yang dikata abangnya
Mama: (membiarkan saja)
Hazeeq: Nanti abang ambik towel…nah…lap
Mama: Mengerling aje…
Hazeeq: Jap abang ambikkan baju…
Mama: (Buat tak tau je…)
Sudahnya, saya tengok Husna memakai baju kuning dan seluar pink. Langsung bukan baju yang sepasang. Saya biarkan saja. Dan setelah itu, mood Husna kembali normal dan menegur saya seperti tiada apa-apa yang berlaku sebelumnya.
Hak dan kebajikan
Situasi di bawah ini antara yang pernah berlaku.
Situasi 1:
Waris
Hakikatnya, saya tidak pernah menyangka yang saya akan melalui perkara sebegini.